Saturday, 20 July 2019

Kau, Aku, Kita

Kau dan Aku,
Kini telah menjadi Kita,

27 Mac 2019
I love You My Husband

Semoga Allah Memberkati Kehidupan Kita Hingga Akhirnya.
I Love You,
And Will Always Love You.

20072019

Saturday, 14 October 2017

Sandaran Hati

Mengharap pada insan, kau akan kecewa,
Kerna hati itu semuanya milik Tuhan,
Kerna Dia yang Menentukan segalanya,
Kerna Dia yang Berkuasa atas segalanya,
Kerna Dia lah Pemilik segala-galanya,
Dia yang Berkuasa meletakkan segala-galanya pada tempatnya,

Aku tiada upaya untuk menentukan segala-galanya,
Hanya mampu berdoa dan berserah pada Pemilik segala-galanya,
Andai sudah tertakdir buatku, akan sampai masanya tiada lambat mahupun cepat,
Kerna Hanya Dia yang Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

*Kadangkala terlupa nak cermin diri sendiri atau sengaja buat-buat tak nampak =p

Sunday, 23 July 2017

Cintaku dan Cinta Mu

Kau tahu,
Kita semua hamba sama sahaja,
Yang sentiasa berbolak balik hatinya
Yang sentiasa turun naik imannya,
Terkadang aku terasa kuat dan utuh,
Namun ada ketikanya,
Aku merasakan hati begitu lemah,
Hinggakan aku tersendu sendirian,
Lemah terjelepok didasar yang paling bawah,

Tuhanku,
Kau pegang teguh lah hatiku,
Kau pegang teguh lah jiwaku,
Jadikanlah cintaku pada Mu,
Melebihi cintaku pada yang selain Mu,
Karena aku tahu jalan menuju Cinta Mu,
Sentiasa terbuka luas buatku.

Friday, 7 July 2017

Kau dan Aku, Kita Sama Sahaja

Saudara seagamaku percayalah,

Tujuan Tuhan menjadikan keberadaan kita ini,
Bukan saja-saja,
Tujuan Tuhan menciptakan kita untuk berada disini,
Bukan sekadar untuk hidup, makan, bekerja, berhibur,

Saudara seagamaku sedarlah,


Tujuan keberadaan kita sekarang dimana tempat kaki kita berpijak,
Tempat dimana kita masih diberi peluang untuk bernyawa,
Jalan jalan yang diredhai terbentang luas dihadapanmu untuk kau terokai dan hayati,


Padanya akan kau temui ketenangan hati,
Padanya akan kau temui kedamaian jiwa,


Percayalah, aku juga berkali kali jatuh tersungkur dalam perjalanan ini,
Percayalah, aku juga berkali kali tergoda oleh hiburan dan permainan dunia,


Dan Tuhan berkali kali memberikan aku peluang dan kesempatan untuk kembali padaNya,
Dan sehingga ke saat ini Tuhan masih membentangkan jalan dihadapanku untuk aku berlari kepadaNya,


Siapa tahu, mungkin ini kesempatan dan peluang yang terakhir bagiku,
Siapa tahu, ia juga mungkin kesempatan dan peluang yang terakhir bagimu,


Saudaraku,duduklah,diamlah,dan berfikirlah sejenak,
Muhasabahlah dirimu,muhasabahlah tujuan kehidupanmu,
Sebelum Tuhan menutup pintu jalan kembali bagiku dan bagimu,


Aku menasihatimu bukanlah bermaksud aku lebih baik darimu,
Aku menasihatimu kerna aku jua seperti kamu,


Kerna Tuhan meletakkan aku disini agar aku dapat belajar sesuatu darimu,
Kerna Tuhan meletakkan aku disini agar aku dapat mengajarkan sesuatu padamu,


Dan kerna agama ini adalah agama kasih sayang,


Yang menyeru agar kita sama sama berpesan pesan,
Yang menyeru agar kita sama sama saling mengingatkan,
Agar kita sama sama sentiasa berada pada jalan yang diredhai...


-UR-