Saturday, 14 October 2017

Sandaran Hati

Mengharap pada insan, kau akan kecewa,
Kerna hati itu semuanya milik Tuhan,
Kerna Dia yang Menentukan segalanya,
Kerna Dia yang Berkuasa atas segalanya,
Kerna Dia lah Pemilik segala-galanya,
Dia yang Berkuasa meletakkan segala-galanya pada tempatnya,

Aku tiada upaya untuk menentukan segala-galanya,
Hanya mampu berdoa dan berserah pada Pemilik segala-galanya,
Andai sudah tertakdir buatku, akan sampai masanya tiada lambat mahupun cepat,
Kerna Hanya Dia yang Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.

*Kadangkala terlupa nak cermin diri sendiri atau sengaja buat-buat tak nampak =p

Sunday, 23 July 2017

Cintaku dan Cinta Mu

Kau tahu,
Kita semua hamba sama sahaja,
Yang sentiasa berbolak balik hatinya
Yang sentiasa turun naik imannya,
Terkadang aku terasa kuat dan utuh,
Namun ada ketikanya,
Aku merasakan hati begitu lemah,
Hinggakan aku tersendu sendirian,
Lemah terjelepok didasar yang paling bawah,

Tuhanku,
Kau pegang teguh lah hatiku,
Kau pegang teguh lah jiwaku,
Jadikanlah cintaku pada Mu,
Melebihi cintaku pada yang selain Mu,
Karena aku tahu jalan menuju Cinta Mu,
Sentiasa terbuka luas buatku.

Friday, 7 July 2017

Kau dan Aku, Kita Sama Sahaja

Saudara seagamaku percayalah,

Tujuan Tuhan menjadikan keberadaan kita ini,
Bukan saja-saja,
Tujuan Tuhan menciptakan kita untuk berada disini,
Bukan sekadar untuk hidup, makan, bekerja, berhibur,

Saudara seagamaku sedarlah,


Tujuan keberadaan kita sekarang dimana tempat kaki kita berpijak,
Tempat dimana kita masih diberi peluang untuk bernyawa,
Jalan jalan yang diredhai terbentang luas dihadapanmu untuk kau terokai dan hayati,


Padanya akan kau temui ketenangan hati,
Padanya akan kau temui kedamaian jiwa,


Percayalah, aku juga berkali kali jatuh tersungkur dalam perjalanan ini,
Percayalah, aku juga berkali kali tergoda oleh hiburan dan permainan dunia,


Dan Tuhan berkali kali memberikan aku peluang dan kesempatan untuk kembali padaNya,
Dan sehingga ke saat ini Tuhan masih membentangkan jalan dihadapanku untuk aku berlari kepadaNya,


Siapa tahu, mungkin ini kesempatan dan peluang yang terakhir bagiku,
Siapa tahu, ia juga mungkin kesempatan dan peluang yang terakhir bagimu,


Saudaraku,duduklah,diamlah,dan berfikirlah sejenak,
Muhasabahlah dirimu,muhasabahlah tujuan kehidupanmu,
Sebelum Tuhan menutup pintu jalan kembali bagiku dan bagimu,


Aku menasihatimu bukanlah bermaksud aku lebih baik darimu,
Aku menasihatimu kerna aku jua seperti kamu,


Kerna Tuhan meletakkan aku disini agar aku dapat belajar sesuatu darimu,
Kerna Tuhan meletakkan aku disini agar aku dapat mengajarkan sesuatu padamu,


Dan kerna agama ini adalah agama kasih sayang,


Yang menyeru agar kita sama sama berpesan pesan,
Yang menyeru agar kita sama sama saling mengingatkan,
Agar kita sama sama sentiasa berada pada jalan yang diredhai...


-UR-

Thursday, 27 April 2017

Hajat

Moga Allah Murahkan Pintu rezekiku dan permudahkan urusanku untuk bayar segala hutang-hutang,tunaikan hajat Ummi dan Ayah, menabung untuk pegi umrah tahun depan,  tolong adik-adik, tolong orang yang memerlukan...Amiinnn......

Friday, 27 January 2017

Kawin?

Bila nak kawin?...
Soalan yang tak pernah lari pabila bertemu rakan2 lama, dan apabila pulang ke kampung ketika kenduri saudara mara yang lebih muda dariku...hanya mampu tersenyum pada soalan yang tiada jawapan ini...tidak mampu untuk menjawab..sekadar menyatakan, insyaAllah......

Sejujurnya begitulah..kerna hanya Allah yang lebih mengetahui bila, dimana, dgn siapa..dan kerna itu semua kuasa-Nya dan dibawah takdirNya..Segalanya di atas kehendakNya..sebagai hamba, kita hanya mampu berusaha dan berdoa...kita sebagai hamba hanya mampu mentadbir, namun Tuhan yang mentakdirkan segala-galanya..

Bersendiri?..aku yakin tiada siapa yang minta untuk hidup bersendirian, tambahan pula apabila usia semakin meningkat..Tidak dinafikan, terkadang rasa rindu ingin berdampingan dengan seseorang yang mampu untuk berkongsi rasa, suka dan duka dalam kehidupan..kerna kita semua ini hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari fitrah sebagai seorang insan....

Diakhir umur 20an pernah juga aku mempersoalkan , kenapa begini, kenapa begitu, sedangkan hampir keseluruhan teman temanku sudah berkeluarga, dan masing2 mempunyai cahayamata...Aku hanya mampu menumpang rasa bahagia melalui kehidupan rakan-rakan yang sudah berbahagia dengan keluarga masing-masing..

Namun, sehingga di suatu ketika, aku mula terfikir hikmah disebalik masih belum berkeluarga ini..Oh Tuhan, ampunkan aku..hamba yang seringkali berburuk sangka, seringkali berputus asa atas segala nikmat yang Kau berikan..

Sesungguhnya, tuhan sedang memberikan aku peluang untuk terus berbakti sepenuhnya, kepada kedua orang tuaku.Tanpa sebarang gangguan, aku diberi peluang seluas-luasnnya untuk mengukir warna pelangi bersama orang tuaku dikesempatan ini...Seandainya aku telah berkeluarga, mungkin agak sukar untukku menumpukan sepenuh perhatianku kepada kedua2 insan yang amatku sayang ini...

Oh Tuhan, ampunkan aku yang sering lalai ini.Andai ini yang terbaik buatku aku redha..kerna hanya hanya Kau yang Maha Mengetahui apa yang yerbaik buat diri ini.
Tuhanku, andai pada hayat ini, Kau izinkan diri ini untuk berkeluarga, jodohkan lah aku dengan hambaMu yang dapat memudahkan dan bersama sama ku dalam urusan agama ini dan saling bertolongan didalam urusan agama ini...

Hanya Kau lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu ini....
Sesungguhnya solatku, segala urusanku, hidup dan matiku hanya kepada Mu, Tuhan sekelian alam......

Tuesday, 10 January 2017

Sebuah Perjalanan Menuju Abadi

Ketika usia kini sudah menghampiri tarikh kematian, aku kini masih lagi terumbang -ambing meniti saki baki sebuah pengembaraan. Hanya mampu mengharap  rahmat dan kasih Ilahi agar diri ini sentiasa di dalam perlindungan-Nya.



Betapa Tuhan telah mengajarku erti sebuah kehambaan dan erti perjalanan hidup ini. Sesungguhnya, amal ibadatku, hidup dan matiku, hanya pada-Mu, Ya Rabb.